Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengorak langkah menceburi industri francais yang dilihat semakin berkembang sejak ia diperkenalkan oleh kerajaan lebih 20 tahun lalu.
Sehingga tahun ini, 60 produk tempatan seperti Marry Brown dan Nelson sudah berjaya menembusi pasaran luar negara menerusi konsep perniagaan itu.
Justeru, bagi meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai mengenai industri francais, pelbagai alternatif yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah satu sesi penerangan santai kepada bakal usahawan francais yang dinamakan ‘Teh Tarik Session – Steps To Become A Franchisor’ telah dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA), 
Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zainal Azman Abu Seman ia merupakan platform yang baik untuk memberi penjelasan tentang usaha kerajaan khususnya oleh pihak KPDNKK dalam membangunkan industri itu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zainal Azman Abu Seman.
“Bakal usahawan boleh bertanya mengenai insentif dan sebagainya yang diberikan oleh KPDNKK kepada industri francais.
“Dengan penekanan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita membangunkan dan memperkasakan lagi industri domestik. KPDNKK khususnya bahagian francais mempunyai peranan yang penting untuk menjadikan sektor ini sebagai salah satu penyumbang dalam menjana ekonomi domestik.
“Melalui saranan tersebut juga, kita bukan saja mampu mewujudkan peluang untuk produk buatan Malaysia, tetapi juga peluang keusahawanan kepada rakyat tempatan.
Setakat ini, terdapat 758 francaisor dengan kira-kira 70 peratus merupakan francaisor domestik, manakala selebihnya merupakan francaisor asing.Namun, dari segi sumbangan kepada ekonomi, kebanyakannya adalah daripada francaisor asing kerana mereka mempunyai skala ekonomi yang le  bih besar.
Oleh yang demikian , pihak KPDNKK merupakan salah satu pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memberi penumpuan yang lebih serius dalam memberi suntikan dan bantuan kepada francaisor tempatan bukan sahaja di pasaran domestik, tetapi juga dibawa ke luar negara.

No comments:
Post a Comment