Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), mendefinisikan francais sebagai satu kaedah pemasaran dan mengedaran produk atau perkhidmatan yang melibatkan dua pihak iaitu francaisor (pemberi hak) dan francaisi (penerima hak).
Hak yang diberikan ini adalah bagi tujuan menjalankan perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga milik francaisor berkenaan berasaskan suatu sistem tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan dalam jangkamasa yang ditentukan, sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian francais yang ditandatangani.
Fry (1993) pula menyatakan francais sebagai satu sistem perniagaan yang memberi hak kepada individu atau pengedar setempat untuk memasarkan perkhidmatan atau produk.  
Francaisor pula bermaksud orang yang memberi francais kepada pemegang francais termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang subfrancais. Francaisi pula bermaksud seseorang yang diberi hak francais oleh pemberi francais tetapi tiada hak mensubfrancaiskan kepada orang lain.
Dalam erti kata lain, francaisor adalah pemberi francais yang memiliki dan mengeluarkan sesuatu produk, manakala francaisi pula ialah penerima yang menjual produk francaisor berlandaskan kepada terma-terma yang digariskan oleh francaisor.


No comments:
Post a Comment