Wednesday, 16 March 2016

SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DI MALAYSIA

Perniagaan secara francais di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dan masih menjadi kaedah perniagaan yang baru di kalangan usahawan walaupun industri ini dipromosi dan disokong oleh kerajaan sejak awal tahun 1990-an lagi.  

Di peringkat global, perniagaan secara francais menjadi pilihan utama usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang. Antara syarikat yang terkenal dengan perniagaan secara francais ialah McDonald dan Kentucky Fried Chicken (KFC).

Syarikat yang berteraskan makanan segera ini mendapat keuntungan berganda kerana berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di pelosok dunia melalui perniagaan francais.

Di Malaysia walaupun belum banyak produk francais tempatan difrancaiskan ke luar negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya mengembangkan jenama mereka ke luar negara, contohnya, LangkawiCrystall, Marrybrown Fried Chicken, Nelson's dan Sugar Bun. Sehingga kini, sejumlah 587 francais telah berdaftar di Malaysia iaitu 69 peratus adalah jenama francais tempatan.

Secara ringkasnya, pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.  Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan.

Di Malaysia program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri dan merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan (RMK9). Namun kini, berlakunya perubahan di mana ia telah dipertanggungjawabkan di bawah pelaksanaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

No comments:

Post a Comment