Wednesday, 16 March 2016

MARI KENALI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN FRANCAIS




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), mendefinisikan francais sebagai satu kaedah pemasaran dan mengedaran produk atau perkhidmatan yang melibatkan dua pihak iaitu francaisor (pemberi hak) dan francaisi (penerima hak).

Hak yang diberikan ini adalah bagi tujuan menjalankan perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga milik francaisor berkenaan berasaskan suatu sistem tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan dalam jangkamasa yang ditentukan, sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian francais yang ditandatangani.

Fry (1993) pula menyatakan francais sebagai satu sistem perniagaan yang memberi hak kepada individu atau pengedar setempat untuk memasarkan perkhidmatan atau produk.  
Francaisor pula bermaksud orang yang memberi francais kepada pemegang francais termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang subfrancais. Francaisi pula bermaksud seseorang yang diberi hak francais oleh pemberi francais tetapi tiada hak mensubfrancaiskan kepada orang lain.

Dalam erti kata lain, francaisor adalah pemberi francais yang memiliki dan mengeluarkan sesuatu produk, manakala francaisi pula ialah penerima yang menjual produk francaisor berlandaskan kepada terma-terma yang digariskan oleh francaisor.

SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DI MALAYSIA

Perniagaan secara francais di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dan masih menjadi kaedah perniagaan yang baru di kalangan usahawan walaupun industri ini dipromosi dan disokong oleh kerajaan sejak awal tahun 1990-an lagi.  

Di peringkat global, perniagaan secara francais menjadi pilihan utama usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang. Antara syarikat yang terkenal dengan perniagaan secara francais ialah McDonald dan Kentucky Fried Chicken (KFC).

Syarikat yang berteraskan makanan segera ini mendapat keuntungan berganda kerana berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di pelosok dunia melalui perniagaan francais.

Di Malaysia walaupun belum banyak produk francais tempatan difrancaiskan ke luar negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya mengembangkan jenama mereka ke luar negara, contohnya, LangkawiCrystall, Marrybrown Fried Chicken, Nelson's dan Sugar Bun. Sehingga kini, sejumlah 587 francais telah berdaftar di Malaysia iaitu 69 peratus adalah jenama francais tempatan.

Secara ringkasnya, pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.  Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan.

Di Malaysia program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri dan merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan (RMK9). Namun kini, berlakunya perubahan di mana ia telah dipertanggungjawabkan di bawah pelaksanaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL

Bidang perniagaan yang dibangunkan secara francais menjadi antara bidang perniagaan yang paling berkembang maju di Negara ini.  Keleihan industri francais adalah ia dikenali oleh ramai pelanggan memandangkan jenama yang didagangkan sudah lama berada dalam pasaran.  Sudah pasti lebih ramai usahawan baru yang akan muncul mewarnai dunia industri francais dan secara tidak langsung, masalah penganggura akan dapat dikurangkan. (Aziela Hanafee, 2013).
Menurut Utusan Malaysia Arkib 27/01/2014, perkembangan positif ini merupakan petanda baik dan secara langsung memberi sumbangan yang besar kepada masa depan perumbuhan ekonomi negara.  Pada ketika ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh, permintaan domestik telah memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan ekonomi.
Sejak 20 tahun yang lalu, kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan tempatan khususnya bumiputera untuk menceburkan diri di dalam bidang francais disebabkan faktor risiko yang boleh dianggap rendah tetapi menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
Selain itu juga, perniagaan francais adalah sesuai untuk semua lapisan masyarakat, samaada penduduk di kawasan bandar atau luar bandar. Di negara-negara membangun seperti Uganda, Kenya dan Kemboja, francais Mikro telah digunakan sebagai model alternatif yang berkesan untuk menangani isu kemiskinan. Francais Mikro memainkan peranan penting untuk membasmi kemiskinan terutamanya di kawasan luar bandar dengan mewujudkan pakej atau program kepada usahawan-usahawan kecil seperti gerai-gerai buah-buahan, gunting rambut, kedai runcit, dan kedai-kedai makanan seperti cendol dan gerai rojak boleh dimodenkan menjadi model perniagaan francais. http://www.myfrancais.com/




TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengorak langkah menceburi industri francais yang dilihat semakin berkembang sejak ia diperkenalkan oleh kerajaan lebih 20 tahun lalu.
Sehingga tahun ini, 60 produk tempatan seperti Marry Brown dan Nelson sudah berjaya menembusi pasaran luar negara menerusi konsep perniagaan itu.
Justeru, bagi meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai mengenai industri francais, pelbagai alternatif yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah satu sesi penerangan santai kepada bakal usahawan francais yang dinamakan ‘Teh Tarik Session – Steps To Become A Franchisor’ telah dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA), 
DSC_0314
Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zainal Azman Abu Seman ia merupakan platform yang baik untuk memberi penjelasan tentang usaha kerajaan khususnya oleh pihak KPDNKK dalam membangunkan industri itu.
Pengarah Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zainal Azman Abu Seman.
Pengarah Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zainal Azman Abu Seman.
“Bakal usahawan boleh bertanya mengenai insentif dan sebagainya yang diberikan oleh KPDNKK kepada industri francais.
“Dengan penekanan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita membangunkan dan memperkasakan lagi industri domestik. KPDNKK khususnya bahagian francais mempunyai peranan yang penting untuk menjadikan sektor ini sebagai salah satu penyumbang dalam menjana ekonomi domestik.
“Melalui saranan tersebut juga, kita bukan saja mampu mewujudkan peluang untuk produk buatan Malaysia, tetapi juga peluang keusahawanan kepada rakyat tempatan.
Setakat ini, terdapat 758 francaisor dengan kira-kira 70 peratus merupakan francaisor domestik, manakala selebihnya merupakan francaisor asing.Namun, dari segi sumbangan kepada ekonomi, kebanyakannya adalah daripada francaisor asing kerana mereka mempunyai skala ekonomi yang le  bih besar.
Oleh yang demikian , pihak KPDNKK merupakan salah satu pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memberi penumpuan yang lebih serius dalam memberi suntikan dan bantuan kepada francaisor tempatan bukan sahaja di pasaran domestik, tetapi juga dibawa ke luar negara.





SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

KPDNKK melalui Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) turut menyediakan latihan kepada francaisor, francaisi, perunding francaisi dan masyarakat awam tempatan berkenaan francais.


PNS dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan serta sokongan dan khidmat nasihat terhadap perniagaan francais.http://www.pns.com.my/franchise/franchise-program/franchisee/franchise-executive-scheme/

EKPDNKK melalui Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sentiasa bersedia untuk menyediakan latihan kepada francaisor, francaisi, perunding francaisi dan masyarakat awam tempatan berkenaan industri francais.  Perunding francais di Malaysia biasanya dilantik oleh francaisor itu sendiri. 

Persatuan Francais Malaysia (MFA), satu badan bukan kerajaan juga sering bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan dan menjadi perantara ahliahli MFA dari industri francais dengan Kerajaan.http://www.mfa.org.my/newmfa/business-directory/


Maklumat berkenaan industri francais boleh didapati dengan melayari laman web kementerian

CABARAN ATAU HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Pembangunan indutri francais akan terus berhadapan dengan pelbagai cabaran. Di antara cabaran-cabaran yang dihadapi ialah:-

a) Modal keseluruhan.
Pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan  bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan  menceburi bidang ini. Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama  dan khidmat bantuan dari francaisor juga adalah tinggi. Diantara kos tetap  yang perlu ditanggung oleh francaisi adalah;
i.     Yuran Francais dan modal permulaan.
ii.     Royalti Bulanan.
iii.    Yuran Iklan.

b) Tidak memberi kebebasan kepada francaisi.
Penglibatan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk  kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah  ditetapkan oleh pihak francaisor. Untuk menjaga keseragaman, francaisor  akan mengawal perniagaan francaisi dan francaisi juga terikat kepada  perjanjian francais dan perlu mematuhi sistem operasi yang telah ditetapkan Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan inovasi  francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya. Selain itu,  tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah  beberapa perkara berkaitan perjanjian francais;
i.    Pemilihan Lokasi.
Kebiasaannya francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Seterusnya francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, francaisor akan memilih sendiri lokasi yang difikirkan strategik dan sesuai tetapi lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi.
ii.    Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan.
Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Oleh itu kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaannya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform & sistem komputer.
iii.   Penjualan Produk dan Perkhidmatan.
Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk atau perkhidmatan lain selain daripada milik francaisor.
iv.   Operasi Perniagaan.
Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barang dari pengedar yang lebih murah.
v.    Hak Wilayah (Territorial Rights).
Kawalan ini untuk menggelak daripada bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga ada hak untuk menghalang francaisi membuat website sendiri.

c)  Pemilihan Francaisor perlu dilakukan dengan teliti.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan  tamak.  Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk  menangani masalah penipuan seperti bayaran royalti, bayaran caj  perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya  apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang  pesat. Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh  mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.  Misalnya, pada  peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak  pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya  pengoperasian perniagaan yang berjalan di kawasan yang kurang  membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor akan mengambil kembali hak  berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian akan  merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan  perniagaannya.

d) Perlu komitmen yang tinggi daripada francaisi.

Francaisi bukan sahaja sekadar perlu mempunyai keupayaan untuk  mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami  selok-belok perniagaan yang bakal diceburi. Francaisi perlu memenuhi  pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari  mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa  menjalankan penyelidikan. Francaisi juga diminta agar berusaha  membangunkan sendiri pasaran perniagaannya, meningkatkan penguasaan  pasaran, memaksimakan keuntungan serta bersaing dengan pesaing  terdekat dalam pasaran.

e)  Penamatan dan pembaharuan kontrak

Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais.  Kontrak ini hanya sah bagi tempoh masa yang telah dipersetujui dan tiada  jaminan atas pembaharuan kontrak.  

f)  Penamatan Kontrak
Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar  royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab  yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan hilang apabila kontrak  tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun.

g) Pembaharuan Kontrak 
Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara otomatik. Segala terma dan  syarat mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar bayaran royalti,  membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan  atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi  peluang kepada fra

MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Transformasi yang dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sedikit sebanyak telah mempertingkatkan daya saing industri francais di negara ini.  
Antara inisiatif yang dijalankan oleh PNS adalah seperti pembinaan jenama francais tempatan,bengkel, ekspo dalam dan luar negara serta pembangunan akademi.  Inisiatif tersebut selari dengan hasrat kerajaan di samping meningkatkan saingan industri francais tatkala kita berhadapan dengan saingan global. Di samping itu, kerajaan telah menetapkan satu agensi khusus bagi membantu usahawan francais dari segi pembiayaan perniagaan. Dengan penubuhan PNS, ia merupakan satu bukti yang kukuh malah menunjukkan komitmen kerajaan terhadap industri francais. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional pada 10 Januari 2012. Pelan induk tersebut merupakan inisiatif dan strategi yang bertujuan untuk merancakkan lagi usaha kerajaan dalam memperkasakan francais nasional.
Seterusnya, kerajaan berharap untuk menjadikan Malaysia pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara menjelang tahun 2020. Industri francais sedikit sebanyak telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 bilion dan dijangka terus meningkat dengan kerjasama daripada kementerian, PNS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).
Dengan pencapaian industri francais setakat ini, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.  Secara tidak langsung, ia dapat membangunkan modal insan malah mempertingkatkan perniagaan francais tempatan.  Didapati juga masyarakat kini semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan program dan pendedahan yang dijalankan oleh kementerian.
Di samping itu, terdapat 523 jenama francais tempatan dan bilangannya semakin meningkat. Pihak kerajaan juga menerima banyak permohonan daripada syarikat asing iaitu sebanyak 198 jenama.Sebanyak 68 peratus merupakan perniagaan yang berdaftar dengan pihak kementerian manakala bakinya iaitu 32 peratus merupakan jenama asing.
Penerimaan jenama francais Malaysia di luar negara juga semakin meningkat iaitu sebanyak 60 jenama francais tempatan di 55 negara.  Jenama francais Malaysia juga dilihat mempunyai potensi besar dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran wang serta eksport produk tempatan ke negara luar.  Selain itu juga, industri francais di negara ini lebih pembelajaran untuk berdikari dan berdiri sendiri serta kurang pergantungan terhadap kerajaan dalam mengawal aktiviti-aktiviti francais.

Kerajaan telah mengenal pasti faedah yang dibawa oleh francais, lalu memperkenalkan skim kredit serta insentif cukai bagi meningkatkan industri ini. Pembentukan Pelan Rangka Perkembangan Francais Negara merupakan salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan industri ini dengan lebih jauh. Pelan yang meliputi tempoh selama 10 tahun sehingga tahun 2020 ini telah membentuk haluan industri ini agar ia sejajar dengan agenda ekonomi negara. Selain menjamin perkembangan industri francais pada kadar optimum, ia juga menyemai pakar modal insan bagi sektor francais. Pelan rangka ini juga mengandungi rancangan untuk mengubah perniagaan melalui francais, mempertingkatkan daya saingan francais di Malaysia.

KESIMPULAN & RUJUKAN

Individu yang telah menyediakan pelbagai peluang kepada usahawan terutamanya individu-individu yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan. Jika dilihat kepada ciri ideal sistem francais ini, sememangnya ia boleh menjadi satu jalan yang singkat untuk membangunkan lebih banyak usahawan bumiputera. Ini adalah kerana melalui sistem ini, seseorang penerima francais boleh memulakan perniagaan dan mencapai kejayaan tanpa memiliki pengalaman dan kepakaran mendalam terhadap perniagaan yang diceburi kerana hampir segala-galanya disediakan oleh pemilik francais.

Apa yang diperlukan hanya modal, kesanggupan untuk bekerja keras dan disiplin diri. Penerima francais juga tidak perlu bersusah payah membangunkan jenama dan nama baik perniagaan kerana segala-galanya telah dilakukan oleh pemilik francais berbanding jika beliau memulakan perniagaan sendiri. Francais menutamakan kerja berpasukan sebagai platform untuk mencapai kejayaan. Memandangkan pemiik francais dan penerima francais saling bekerjasama, hasilnya akan memberi faedah yang menguntungkan kepada kedua-dua belah pihak. Sifat bekerjasam juga boleh meningkatkan kekuatan kedua-dua belah pihak untuk mencapai kejayaan yang maksimun.

Oleh itu, sebagai usahawan -usahawan yang baru dan muda, mereka perlulah berani untuk keluar dari pasaran tempatan kerana pasaran dunia akan lebih menawarkan potensi pertumbuhan yang jauh lebih baik terutamanya apabila sesuati industri itu berjaya berada dalam pasaran antarabangsa.

RUJUKAN

Abu Bakar Hamed (2006). Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil:Penerbit Universiti Utara Malaysia

Ab. Aziz Yusof(2001).Usahawan dan Keusahawanan Satu Penilaian. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Aziela Hanafee (2013). Potensi Perniagan Francis. Selangor: Pintar Firus Sdn  Bhd

Nor Aishah Buang (2002) . Asas Keusahawanan.Shah Alam :Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Shah Alam

Sabri Hj. Hussin (2005). Pengurusan Perniagaan:Thomsom Learning Singapore

Wan Liz Ozman Wan Omar, Sulzari Mohamad(2002). Memperkasakan UsahawanUtusan Publications & Distributions Sdn Bhd: Cheras

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelan Induk Pembangunan Nasional 2012-2016. Diperolehi pada 03 Mac 2016 



url:http://www.pns.com.my/#!slide-1 bertarikh 18 Februari 2016



ahun-Francais-Malaysia 27.01.2014 bertarikh 15 Mac 2016