Mohon jawab soal selidik ini...terima kasih
http://goo.gl/forms/ePlHlQ7EpT
Thursday, 29 October 2015
Thursday, 8 October 2015
Pengalaman Hidup Yang Sukar Dilupakan
SUKAR DITEMPUH 
DAN 
SUKAR DICERITAKAN
Pengalaman bermula dari hidup bergelar seorang isteri kepada suami tercinta Hambahali bin Ab Rahman sehinggalah melahirkan seorang anak lelaki bernama Habib Haiqal..
Merekalah jantungku dalam meneruskan hidup sebagai umi...Bermulanya hidup berjauhan selama beberapa ketika dan terpaksa berulang alik dari JB ke Kuantan menjadi aku seorang insan yang tabah bergelar seorang isteri bagi menambah rezeki keluarga..Menanti cahaya mata selama 3 tahun barulah dikurniakan seorang anak yang dinanti...
Gembira tidak tekata hadirmu penyeri dan pelengkap hidup kami HABIB HAIQAL...
...JOM KITE PAKAT SELAMINYE..APA YANG SUKAR SANGAT TU AIH..
Salam. Saya nak share sikit pengalaman bersalin anak pertama yakni anakku habib haiqal.Orang cakap namenye dah macam kedai emas dan restoran HABIB..tapi itula  Tarikh sepatutnya bersalin ialah 10/06/2011. Saya bersalin 13/06/2011. Bermula dari rumah sakitnya dengan tanda keluar darah akhirnya dihantar ke Hospital..Husband pulak bz dengan kerja almaklumlah tukang masak..so adik beradikku yang hantar aku ke HOSPITAL TEMERLOH..almaklumla koi orang TOK GAJAH..sampai kat hospital ari Ahad kebetulan Doktor pun xde ..so yang check aku ramai doktor pelatih..bila diperksa mcm dah buke jalannya ke 3 cm dan boleh masuk ke level room..'
Sedihnya bile masul level room doktor lain check katenye blm 3 cm g..padahal peralatan doktor untuk aku bersalin dah ready..so terpaksela aku ditolak ke wad semula..Tunggu2 punye tunggu di wad kehulu ke hilir aku berjalan utk menahan skt..serah diri pada nurse nak tau jalan dah buke berape nurse...akhirnya dari pagi sehinggalah malam yang hening pd puk
ul 2 pagi aku dimasukkan ke level room...itu sakitnya hanye tuhan saje yang tau..Suamiku dipanggil untuk melihat mcm mn anak sulungnya dilahirkan..aku hanya mampu berckp syg tolong ayg..sakitnya hanya tuhan yg tahu..panggil doktor saya dah tak tahan rsnye..akhirnya Doktor check msh blm buka 9cm so aku pun bile dah sampai tahap yg dah tak tahan aku cakap aku boleh teran..belajar pun x aku teran aje sesuka hati aku..namun baby tetap x kuar..
So..bila dah x boleh juga husband aku diminta kuar sebab dah xde cara lain dah selain Vakum anak aku..so anak aku di divakum..SO AKHIRNYA TERASA SYUKUR PDMU YA ALLAH lahirnya seorang anak lelaki yang akhirnya diberi nama HABIB HAIQAL BIN HAMBALI...
ANAKKU..KAULA PENGIKAT KASIH AYANG ANTARA KAMI..MUAHHH..
Kegemaran / Hobi
![]()  | 
HOBI DIMASA LAPANG BIASA LA KALAU DAH SUKE MAKAN SO KENALA RAJIN MEMASAK..SO SENTIASE CUBE RESEPI2 BARU TERUTAMANYA DARI PAKCIK GOOGLE KITE TAK PUN KALAU SEDAP RASE MAKANAN TU MESTI NAK CUBA MASAK..APA LAGI DENGAN X MALUNYE MINTAKLA RESEPI DENGAN SESIAPE SAHAJA X KISAH LA..JANJI BOLEH CUBA..
ORANG KATE KALAU MEMASAK NI HILANG TEKANAN NAK PULAK BILA SUAMI CAKAP SEDAP AYANG MASAK X KEMBANG DAN BANGGENYE RASE..HIHI..YANG PTG PUJIAN DARI SUAMI..KALO MASAK TU KENALA DENGAN PENUH KASIH SAYANG..BARULA AROMA MAKANAN TU MENUSUK DI HATI & SANUBARI GITU..
![]()  | 
SELAIN MEMASAK AKU SUKE DUK MENGEMAS RUMAH KALO DARI PAGI SAMPAI KE PETANG LA DOK SIBUK MENGEMAS RUMAHNYA..TP ORANG KATE MENGEMAS TU MCM RUTIN HARIAN TP BILE TENGOK RUMAH BERSIH TERASE KETENANGAN, NYAMAN DAN SELESA BILE DOK DALAM RUMAH TU..KALO BERSEPAH DAH AOK PIRUK DAH SERABUT KEPALE DIBUATNYE..HUHU..APE PUN YG PENTING KERJASAMA DARI SUAMI DAN ANK...MEREKA PUN SALING BERGANDING BAHU ALMAKLUMLA AKU NIE SUPER WOMEN IBU YANG BERKERJAYA..HIHI..TAPI YANG PENTING KELUARGA DIUTAMAKAN..
JOM TENGOK APE PULAK LA KEGEMARAN CIK INTAN PAYUNG DAYAH NI YE.........
![]()  | 
Sape tak kenal kalo dah orang Pahang orang kate dok pulak dekat Temerloh...Agak2 ape yang special kat sane..ape lagi mestilah Ikan Patin tu macam yang dekat sebelah gambar tu kalo x kenal ikan patin boleh tengok rupe ikan patin tu...Kalo dah pekena sekali pasti nak lagi..orang kate sampai menjilat jari la..Patin Masak Tempoyak memang marbelous..kasi terangkat habis...meleleh habis..orang pahang cakap sedap weh..kalo aok x rase memang taktahu rasenye ye idok..Nak Resepi jom kawan boleh bagi.. Jom pakat tengok ape bahan-bahan dia tu yang orang kate sedap sangat tu....
MOH KITE TENGOK LAYAN BAHAN APE YANG PENTING KENA ADE BILE NAK MASAK IKAN PATIN TEMPOYAK TU..KALO XDE BARANG TU MEMANG X JADILA PATIN TEMPOYAK NYER WEH...
Bahan-bahan
- Kunyit hidup - seinci
 - Lada kecik - segenggam
 - Tempoyak fresh – 5 sudu
 - Garam
 - Serbuk perasa (optional)
 - Timun Cina/Belimbing Buluh/Batang Keladi
 - Ikan Patin
 - Daun Kunyit & Daun kesom
 
- Tumbuk kunyit dengan garam. Nak bagi kunyit cepat hancur
 - Bila dah hancur kunyit hidup tu, masukkan cili padi. Tumbuk kuat-kuat kalau boleh biar sampai lesung batu pecah. Haha
 - Dah hancur kunyit + cili padi, scoop 5 sudu besar tempoyak fresh masuk dalam lesung
 - Gaul-gaul-gaul semua dalam lesung batu. Tu yang buat sedap. Seriously
 - Lebur dalam periuk, masuk air dengan ikan patin sekali
 - Ambik air, masukkan dalam lesung batu tadi, gaul kasik bersih and masukkan air tu dalam periuk. Petua ni.
 - Masukkan sayur yang korang nak (batang keladi/timun cina/belimbing buluh). Masukkan salah satu je, jangan masukkan berjenis-jenis pulak. Nanti tak sedap
 - Masukkan daun kunyit and daun kesum
 - Masukkan serbuk perasa (optionaBring to boil and tadaaaaa siap!
 
Galeri Gambar
Pautan Kegemaran
Masam Manis Resepi
JPA
www.jpa.gov.my
GST
www.gst.customs.gov.my
HRMIS
www.eghrmis.gov.my
JKDM
www.customs.gov.my
SPA
www.spa.gov.my
UTUSAN ONLINE
GST
www.gst.customs.gov.my
HRMIS
www.eghrmis.gov.my
JKDM
www.customs.gov.my
SPA
www.spa.gov.my
UTUSAN ONLINE
www.utusan.com.my
BERITA HARIAN ONLINE
www.bharian.com.my
KWSP
http://www.kwsp.gov.my
PTPTN
www.ptptn.gov.my
BERITA HARIAN ONLINE
www.bharian.com.my
KWSP
http://www.kwsp.gov.my
PTPTN
www.ptptn.gov.my
KISAH TELADAN ( ANJING-ANJING NERAKA)
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
1.    Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
2.    Bacalah Al-Quran
3.    Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
4.    Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
5.    Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
6.    Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
7.    Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
8.    Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
9.    Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
10.    Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itu pun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
kisah teladan (Batu-batu yang aneh))
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :
    "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyeksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
kisah teladan (Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan)
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kapan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapur kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."
Kisah Teladan (Antara Sabar dan Mengeluh)
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Subscribe to:
Comments (Atom)






















